Thursday, August 28, 2014

Nasi Beryani
Mengikut apa yg aku tahu, ade 2 tempat nasi beryani kat KL ni.Yang satu mahal giler, yang lagi satu mahal dan tak sedap.


Yang Mahal-Restoren INSAF
Sekali makan, mmg terus insaf. Insaf duit habis mcm tu je. Tapi sini mmg sedap pun. Puas hati.Tapi jgnlah selalu pegi.

Nasi beryani Ayam Madu + Air Buah
Harga RM : 17.00 kot(x ingat),tapi mmg lepas RM10.00








Yang Mahal-Restoren BILAL
Yang ni dulu masa aku kecik mmg ade rase sedap, tapi skrg(2014), dah tak sedap pulak. Nasi kerak dia bagi. Tak panas. Tak puas hati. Rase rugi dtg sini.


Nasi Beryani Ayam Madu
Harga : RM10.00


Read More

Friday, June 6, 2014

DSLR Sony A330 aku pernah rosak.Masa tu, aku dalam semester 02 di UTM, dan pada masa tu jugak aku amik ko-Q fotografi. Ditambah pulak, minggu kerosakan camera tu, aku ade assignment ambil gambar untuk kursus fotografi. Mahu tak mahu,kira terpaksa jugak repair camera tu.

Menjelang nak pergi trip tu, aku kene balik KL untuk hantar camera DSLR ni ke Sony Service Center.Kalau hantar ke branch Sony Johor,diorang tak boleh repair jugak, sebab hanya service center je boleh buat repairement.


Tanda-tanda kerosakan:
Dial mode tidak berfungsi dengan baik.

Suspek punca rosak :
1.Mungkin terkena air.Dah rosak komponen dalam dial mode.

Tindakan yang diambil :

1.Pergi Sony Service Center di KLCC(Level 3)

2.Buat repot.Bayar deposit servis (RM40)

3.Tunggu(lebih kurang 2 minggu)
Tarikh hantar : 09/04/2012
Tarikh ambil :18/04/2012

4. Bayar repair = RM117.


*Camera DSLR ni mesti jaga dengan baik, kalau taknak rosak dikemudian hari.Tak kiralah lens ke,body ke, semuanye kene berhati-hati dalam penggunaan.

*Kalau nak check status dah siap rapair atau belum, bolehlah dilakukan di website sony 
https://mysony.sony.com.my/repairstatus.aspx
Read More

Thursday, April 10, 2014

Kisah ini berlaku pada 6 Januari 2014.

Pada akhir semester yang lalu, aku telah pos motor kapcai aku disbbkan sem berikutnya aku akan berpraktikal di KL. Pada hari itu jugak, aku kosongkan bilik dan terus balik ke KL. Banyak perkara nak diuruskan pada hari tu.

Kronologi pos motor

1.Kemaskan barang.
Semua barang dimasukkan dalam beg.Ada jgk barang yang tinggal kat Skudai. Aku mintak tumpang kat rumah Nazri. Kene ulang-alik 2 kali hantar barang.

2.Pulang kunci bilik ke ofis KTHO.
Masalah jugak ni. Sbb masa yang ada, suntuk. Aku terpaksa pulangkan dahulu kunci ke pejabat, masa tu 12.30tgh hari rasenya. Kalau pukul 1.00pm, ofis tutup. Malas nak tunggu.So kene pastikan barang dah dihantar dan takde ape lagi tertinggal dalam bilik.

3. Bebudak Network ajak lunch. Aku ikut pulak.(Plan ni jadi lepas plan gi HEMA dengan Nazri cancel).
Masa banyak habis kat sini aje, sebenarnya aku dalam rushing ni.
(Nak hantar moto ->nak beli tiket bas ).Takut hujan je mase tu.Kalau basah, agak susah jugak perjalanan aku hari tu.

4. Hantar Moto Ke Pos Laju.
Aku telah guna khidmat pos laju untuk hantar moto ke KL.Daftar masuk Motor Jam 4.52 petang.
Aku isi borang,prepare motor dan letakkan ke stor motor Pos Laju dan ucapkan bye2 pada 'Take care moto,Semoga kau selamat dalam perjalanan'. -ni tambah je..hehe.

*Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM138.00(harga student)
 bayaran biasa lebih mahal.

*Penghantaran adalah selama lebih kurang 3 hari sahaja
Tarikh hantar moto : 6/1/2014
Tarikh sampai moto : 9/1/2014


5.Beli tiket dan naik bas
Lepas tu, aku naik teksi utk gi terminal bas Larkin.Sampai situ, terus beli tiket bas. Nasib baek ade tempat kosong. Kemudian, aku pun naik bas.Fuhh settle urusan hari tu.

Read More
© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9