Sunday, October 7, 2012

Assalamualaikum

Malam ni nak cite pasal Forum JIN sempena Karnival MyCampus UTM.Forum ini diadakan di Student Mall yg bermula pada pukul 9.30 malam.Panel utamanya ialah Ustaz Syarhan Syafie seorang pakar rawatan Islam khususnya rawatan terkena Jin.Sbnrnye aku malas nak gi forum ni,tapi disbbkan lapar dan alang-alang mkn ngan member kat Arked Meranti,maka gi jgklah.Sudah menjadi ketentuan Allah yg memilih aku utk dgr forum ilmu ni.Alhamdulillah.

Aku ade rakam sesi forum ni.Boleh la dgr utk lebih kefahaman

Forum Jin1 Forum Jin2 Forum Jin3 *Yg ini pulak,rumusan forum tu.

Jenis Jin

  1. Gila/hilang kewarasan akal
  2. Jin pindah randah aka SAKA
  3. Keras kepala.

JANGAN pada orang yang dimasuki Jin

  1. Jangan melawan orang yang dimasuki Jin.Tenaga diorang amat kuat.
  2. Jangan ikat/kunci

Tanda-tanda terkena Jin melalui mimpi

  1. Jatuh dari tempat tinggi.
  2. Berada di kwsn kubur/tempat yg kotor.
  3. Dipatuk ular(tanda terkena sihir)
  4. Mimpi benda tajam.
  5. Mimpi budak kecik menyusuinya.
  6. Mimpi salib.
  7. Mimpi lembaga.
  8. Susah nak tidur.
  9. Mimpi di kwsn sunyi.
  10. Mimpi yang yang telah meninggal bagi barang.(Saka).
  11. Dikejar binatang.

Tanda-tanda semasa jaga

  1. Lebam tanpa sebab.
  2. Ada kesan cakar.
  3. Penyakit yg tak dapat dikesan doktor.
  4. Berat atas belakang.
  5. Mengantuk di majlis ilmu.

Tanda-tanda terkena santau

  1. Paku pada badan.
  2. Kandungan gugur.
  3. Resdung keterlaluan
  4. Kulit gatal,terdapat biji-bijian.
  5. Batuk berpanjangan
  6. Kuku biru.

Cara saka berpindah

  1. Melalui warisan jampi dari si mati.
  2. Simpan barang si mati.
  3. Anak kecil yang dibela si mati semasa hidupnya.
Pada malam ni juga Ustaz Syarhan ade mengajarkan(tauliahkan) 3 doa yg berguna untuk kami semua.(Ikuti rakaman audio).
Read More

Sunday, September 30, 2012


Salam semua,

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 29/09/12, aku telah telah mengikuti aktiviti rekreasi anjuran SRC UTM.Program itu ialah mendaki Bukit Broga kat Semenyih dan juga aktiviti Rock Climbing di Damai Batu Caves.

Bukit Broga

Start mendaki pada pukul 3.00 am,tapi sebelum tu kitorang stretching la sikit, buat pemanas badan.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dengan keadaan yang gelap menyukarkan kami.Tapi Alhamdulliah,selamat sampai.Ramai jugak yang menanti pemandangan di waktu pagi di Bukit Broga ni.

Damai Batu Caves

Sbnrnye tempat ni kat Sri Gombak,aku ingatkan dekat Batu Caves tempat India semayang tu,rupenye tidak.Ni aktiviti yang best sekali,’Rock Climbing’.First time aku climb, tak pernah sblm ni,takde peluang mcm ni.Kat UTM ni byk bende boleh buat,cume nak atau tidak je.Rugilah kalau tak cube,bende ni kalau main kat luar mau beratus untuk panjat je.Tapi bayaran yang aku bayar untuk aktiviti Broga dan Rock Climbing ni cume RM20 sahaja.
*Next time nak join lagi la aktiviti SRC ni,baru ade thrill
Read More

Thursday, June 28, 2012

Pada hari ini,Khamis (28/6/12),aku amik keputusan utk renew IC aku yg dah lapuk ditelan zaman,nak tukar muke se-posen dulu.Takdelah,kalau diikutkan mmg kene tukar pun mengikut umur tahun sekali.Kali ni dah msk kali kedua renew IC,First dapat IC,masa tu bkn MyKad lg(kad yg version lama dulu tulah).Iannye hanye sekadar kad semata-mata,xde chip.

Msk Tingkatan 3,br aku buat IC baru,masa tu kad lama tu hilang,PMR pulak nak dekat,so kene buatlah.Mmg kene bayar pun kalau hilang ni.Bende tu berharga kan.Skrg ni baru nak renew balik for the second time.

Rase excited pulak nak renew kad baru ni.Dgr kate more secure.Belum pernah sejarah kat Malaysia ni org hack kad pengenalan.So,aku rase x de advantage pun.IC yg baru ni kene tunggu dua bulan pulak utk siap(kira-kira bulan Ogos).


Ini gambar Ic lama aku.

Aku ingatkan lama lah sgt,tp Alhamdulillah,tak ramai,kejap sgt ,last sekali amik gambar masa waktu skrg.Tak payah nak pakai baju kolar pun.Aku slumber je pakai T-shirt.

Lepas dah settle kat situ,BTW lupe nak mention yg aku gi ngan Affi(cousin aku),dia ade moto,mintak tolong la,kitorang decide utk gi One Utama(OU) kat Damanasara belakang TV3,tengok wayang cite budak-budak Madagascar 3.Layan je la,nak isi masa terluang buat aktiviti family.Boleh la gelak-gelak sikit.

Then after that,perut rase lapar,pi la McDonald waktu Lunch murah sikit.Dah kenyang,balik la.Balik pulak,punyelah jauh kalau ikut jalan highway.Alhmdulillah,selamat sampai.TQVM Affi,next time lepak lg,kite buat bende gampak pulak.

Read More
© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9