Friday, June 6, 2014

DSLR Sony A330 aku pernah rosak.Masa tu, aku dalam semester 02 di UTM, dan pada masa tu jugak aku amik ko-Q fotografi. Ditambah pulak, minggu kerosakan camera tu, aku ade assignment ambil gambar untuk kursus fotografi. Mahu tak mahu,kira terpaksa jugak repair camera tu.

Menjelang nak pergi trip tu, aku kene balik KL untuk hantar camera DSLR ni ke Sony Service Center.Kalau hantar ke branch Sony Johor,diorang tak boleh repair jugak, sebab hanya service center je boleh buat repairement.


Tanda-tanda kerosakan:
Dial mode tidak berfungsi dengan baik.

Suspek punca rosak :
1.Mungkin terkena air.Dah rosak komponen dalam dial mode.

Tindakan yang diambil :

1.Pergi Sony Service Center di KLCC(Level 3)

2.Buat repot.Bayar deposit servis (RM40)

3.Tunggu(lebih kurang 2 minggu)
Tarikh hantar : 09/04/2012
Tarikh ambil :18/04/2012

4. Bayar repair = RM117.


*Camera DSLR ni mesti jaga dengan baik, kalau taknak rosak dikemudian hari.Tak kiralah lens ke,body ke, semuanye kene berhati-hati dalam penggunaan.

*Kalau nak check status dah siap rapair atau belum, bolehlah dilakukan di website sony 
https://mysony.sony.com.my/repairstatus.aspx
Read More

Thursday, April 10, 2014

Kisah ini berlaku pada 6 Januari 2014.

Pada akhir semester yang lalu, aku telah pos motor kapcai aku disbbkan sem berikutnya aku akan berpraktikal di KL. Pada hari itu jugak, aku kosongkan bilik dan terus balik ke KL. Banyak perkara nak diuruskan pada hari tu.

Kronologi pos motor

1.Kemaskan barang.
Semua barang dimasukkan dalam beg.Ada jgk barang yang tinggal kat Skudai. Aku mintak tumpang kat rumah Nazri. Kene ulang-alik 2 kali hantar barang.

2.Pulang kunci bilik ke ofis KTHO.
Masalah jugak ni. Sbb masa yang ada, suntuk. Aku terpaksa pulangkan dahulu kunci ke pejabat, masa tu 12.30tgh hari rasenya. Kalau pukul 1.00pm, ofis tutup. Malas nak tunggu.So kene pastikan barang dah dihantar dan takde ape lagi tertinggal dalam bilik.

3. Bebudak Network ajak lunch. Aku ikut pulak.(Plan ni jadi lepas plan gi HEMA dengan Nazri cancel).
Masa banyak habis kat sini aje, sebenarnya aku dalam rushing ni.
(Nak hantar moto ->nak beli tiket bas ).Takut hujan je mase tu.Kalau basah, agak susah jugak perjalanan aku hari tu.

4. Hantar Moto Ke Pos Laju.
Aku telah guna khidmat pos laju untuk hantar moto ke KL.Daftar masuk Motor Jam 4.52 petang.
Aku isi borang,prepare motor dan letakkan ke stor motor Pos Laju dan ucapkan bye2 pada 'Take care moto,Semoga kau selamat dalam perjalanan'. -ni tambah je..hehe.

*Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM138.00(harga student)
 bayaran biasa lebih mahal.

*Penghantaran adalah selama lebih kurang 3 hari sahaja
Tarikh hantar moto : 6/1/2014
Tarikh sampai moto : 9/1/2014


5.Beli tiket dan naik bas
Lepas tu, aku naik teksi utk gi terminal bas Larkin.Sampai situ, terus beli tiket bas. Nasib baek ade tempat kosong. Kemudian, aku pun naik bas.Fuhh settle urusan hari tu.

Read More

Friday, March 21, 2014

Salam kepada semua,hari ni nak cite sikit pasal rambut.Tentu korang jelous kat orang yg memiliki rambut yang cantik,tak kiralah pada lelaki mahupun wanita.Dalam fikiran korang mesti tertanya-tanya,macam manalah diorang jaga rambut diorang? dan mesti ade hasrat nak jadi mcm tu jgk.

Sebenarnye tak payah tanye pun boleh fikir sendiri mcm mane diorang buat,tentulah diorang gi salon,kalau kat kedai gunting rambut Mamak,tak jadi pun mcm tu.Bidang penjagaan rambut ni termasuk dalam bidang yg dipanggil 'Dermatalogy' iaitu sebahagian daripada bidang penjagaan kulit.

Ramai yang beranggapan org yang mementingkan penjagaan rambut ini adalah terdiri drpd artis,model,ataupun orang kaya yang mementingkan kecantikan sahaja.Namun pada masa kini, penjagaan rambut sudahpun menjadi trend anak muda.Yelah, semue nak jadi retis.

Mamak VS Salon

Kedai Gunting Rambut Mamak
1.murah
2.gunting shj
3.Harga antara RM 7 -RM10.
4.Jarang mamak stylingkan rambut.(rasenye takde).


Salon
1.Agak mahal.
2.Gunting,styling
3.Harga melebihi RM10 untuk trim sahaja.
4.Hasil yg lebih memuaskan.

Penjagaan Rambut

1.Rebonding

  • Meluruskan rambut bagi rambut yg tak lurus.
  • Rambut lurus akan tahan sehingga lebih kurang 3 bulan shj.
  • Rambut hendaklah dibasuh shj dengan air sejuk.


2.Treatment
Lazim treatment adalah treatment dandruff.




Shampoo yang disyorkan.

Khas bagi penjagaan rambut daripada kelemumur.


Harga di kedai penjagaan rambut-RM 38.00
Harga di Saloon -RM 50.00
Read More
© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9