Saturday, January 12, 2013

Salam semue,

Pada malam ni,aku,mak aku dan Syazwan gi makan kat Dominos Pizza Genting Klang.Selalu makan Pizza Hut je, kali ni tukar lain pulak.Mase ni jgk lah aku nak test drive Proton Saga mak aku.Dah lama rasenye tak pegang stereng, rase kekok pulak.

Masuk je Dominos, terus gi kaunter.Cashier tu tetibe je tanye no telefon....Eh apahal pulak Minah ni!! mintak nombor.Aku pun bagi(bagi jela).Then dia tanya nama.Oi..oi.Jangan perasan OK!!

Order la ape yg nak.Satu set regular pizza Beef Macaroni & BBQ. Adalah add-on sikit.Total dalam lebih kurang RM50.OKlah utk tiga org makan.

Dah siap pizza,Minah tu panggil nama 'Shafiq'.. 'Shafiq',mcm kat KTR pulak (Rafi restoren), main sebut nama.

Pegilah aku ke kaunter amek pizza,ingatkan diorang yg hantar,rupenye tak.Biasenye kalau diorang panggil, diorang nak kasi bungkus.Fahaman aku meleset(ceh.. ayat skema).Diorang kasi pinggan plastik,cawan polistrin sebotol air PEPSI dengan Kotak pizza.La..mcm ni pulak pesennye..(yelah first time merase Dominos kat Dominos.OK..OK aku dah mula paham.

Lepas tu,apalagi..makan la..pizza dia panas2.Sedap jgk la.Puas hati dan kenyang.

Dah habis makan, buang sampah tadi kedalam tong sampah.Jangan malas.

Kalau diikutkan mmg bagus jgk diorang buat cam gini.Melatih sikap disiplin dalam diri.Kat fast food yg lain, aku ade perhatikan foreigner shj akan buang sisa makanan sendiri ke dalam tong sampah.Orang kite je tak buat,yelah dah dilatih org lain yang buangkan.Sikap macam ni kene ubah start dari skrg.Untuk bentuk masyarakat bertanggungjawab pun.

Okehlah...Sekian.

Read More

Saturday, December 1, 2012


VROOOOOM........
Minat baru masa kini,selepas main game PSP.Best jgk layan Formula One ni,rase macam driver sbnr pulak.Dulu ade minat sikit kat F1,tapi takdelah sampai mcm skrg.Masa tu driver paling terrer sekali unbeaten ialah Michael Schumacher.Brp kali ntah dia Champion berturut-turut.Takde sape boleh lepas dia.Waktu tu dia bwk Ferrari.Perrgh Ferrari mmg mantap la.

Skrg ni,keadaan dah berubah semue Driver hebat-hebat belaka,silap langkah je turun ranking.Tak boleh nak kate 'Ferrari is the fastest car racing' lagi, sebab kemenangan berpunca dari kereta itu dan jugak paling penting skill driver yg mengendalikan machine ni.

Team dan Drivers F1 2012(12 teams 24 drivers)

Red Bull Racing
1.Sebastien Vettel
2.Mark Webber

McLaren Mercedes
1.Jensen Button
2.Lewis Hamilton

Ferrari
1.Fernando Alonso
2.Felipe Massa

Mercedes
1.Michael Schumacher
2.Nico Rosberg

Lotus
1.Kimi Raikonnen
2.Romain Grosjean

Force India
1.Paul di Resta
2.Nico Hulkenberg

Sauber
1.Kamui Kobayashi
2.Sergio Perez

Toro Rosso
1.Daniel Ricciardo
2.Jean-Eric Vergne

Williams
1.Pastor Maldonado
2.Bruno Senna

Caterham
1.Heikki Kovalainen
2.Vitaly Petrov

HRT
1.Pedro de la Rosa
2.Narain Karthikeyan

Marussia
1.Timo Glock
2.Charles Pic


Senarai 1st dlm setiap 20 circuit



*Sesi 2012 ni dah berakhir,dan Championnye adalah Sebastien Vettle (Red Bull Racing).Kedua Fernando Alonso(Ferrari),Ketiga Kimi Raikonnen(Lotus)

Credit to http://www.formula1.com/



Read More

Sunday, October 7, 2012

Assalamualaikum

Malam ni nak cite pasal Forum JIN sempena Karnival MyCampus UTM.Forum ini diadakan di Student Mall yg bermula pada pukul 9.30 malam.Panel utamanya ialah Ustaz Syarhan Syafie seorang pakar rawatan Islam khususnya rawatan terkena Jin.Sbnrnye aku malas nak gi forum ni,tapi disbbkan lapar dan alang-alang mkn ngan member kat Arked Meranti,maka gi jgklah.Sudah menjadi ketentuan Allah yg memilih aku utk dgr forum ilmu ni.Alhamdulillah.

Aku ade rakam sesi forum ni.Boleh la dgr utk lebih kefahaman

Forum Jin1 Forum Jin2 Forum Jin3 *Yg ini pulak,rumusan forum tu.

Jenis Jin

  1. Gila/hilang kewarasan akal
  2. Jin pindah randah aka SAKA
  3. Keras kepala.

JANGAN pada orang yang dimasuki Jin

  1. Jangan melawan orang yang dimasuki Jin.Tenaga diorang amat kuat.
  2. Jangan ikat/kunci

Tanda-tanda terkena Jin melalui mimpi

  1. Jatuh dari tempat tinggi.
  2. Berada di kwsn kubur/tempat yg kotor.
  3. Dipatuk ular(tanda terkena sihir)
  4. Mimpi benda tajam.
  5. Mimpi budak kecik menyusuinya.
  6. Mimpi salib.
  7. Mimpi lembaga.
  8. Susah nak tidur.
  9. Mimpi di kwsn sunyi.
  10. Mimpi yang yang telah meninggal bagi barang.(Saka).
  11. Dikejar binatang.

Tanda-tanda semasa jaga

  1. Lebam tanpa sebab.
  2. Ada kesan cakar.
  3. Penyakit yg tak dapat dikesan doktor.
  4. Berat atas belakang.
  5. Mengantuk di majlis ilmu.

Tanda-tanda terkena santau

  1. Paku pada badan.
  2. Kandungan gugur.
  3. Resdung keterlaluan
  4. Kulit gatal,terdapat biji-bijian.
  5. Batuk berpanjangan
  6. Kuku biru.

Cara saka berpindah

  1. Melalui warisan jampi dari si mati.
  2. Simpan barang si mati.
  3. Anak kecil yang dibela si mati semasa hidupnya.
Pada malam ni juga Ustaz Syarhan ade mengajarkan(tauliahkan) 3 doa yg berguna untuk kami semua.(Ikuti rakaman audio).
Read More
© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9