Thursday, February 27, 2014

Pada semester yang lepas, pada hari Jumaat tak ingat tarikhnya.Aku telah kehilangan dompet.Aku sedar kehilangan ini apabila pada sblh pagi tu, aku ade kelas Special Topic For Database, mase nak pegi kelas tu baru sdr tercicir .Cite ni bermula pada malam sblm kejadian iaitu malam dimana aku ade buat satu projek dgn bebudak UNSRI kat KTGB utk course STFD.Buat interface portal,sampai tido kat sane. Lepas Suboh, aku breakfast kat Restoren Kassim. Masa byr tu ade lagi. Lepas tu aku pun balik bilik. Aku terus mandi dan bersiap utk gi kelas. Bila nak gi kelas tu barulah sedar dompet dah takde.Pagi tu, mmg tergesa-gesalah nak pi kelas.



Langkah2 yg perlu dilakukan

1.Perkara paling penting..report polis
Nyatakan apa yang kehilangan
a.IC
b.Lesen
c.Kad ATM

2.Dapatkan duit utk proses2 nak dapatkan semula IC, ATM,Lesen


Sepanjang kehilangan dompet, byk benda kene buat.Antaranya

a.Dptkan IC (RM80 dikenakan sbg denda-ade diskaun utk student bagi kes kehilangan).
b ATM (bergantung)
c. Lesen (kalau hilang masa lesen pun nak tamat tempoh-cakap je nak renew, so takdelah denda
Selain drpd tu kene bayarlah).


Pada minggu kehilangan, mesti cepat2 buat IC lepas repot polis.Makin lama tangguh, makin susahlah urusan seharian.
Contohnya, dalam kes aku ni, 2 minggu takde IC.So mmg byk masalah yg timbul, nak keluar duit tak boleh,nak mkn kene berjimat, nak print
kertas lagi,semuanya duit.Mahu tak mahu terpaksalah kene pjm duit drpd kwn.Asyik pikir mcm mane je nak hidup nanti bile duit dah habis.

Aku tak buat pun bersebab, sepanjang tempoh 2 minggu tu mmg busy giler.Nak buat projek STFD, psm1, assignment ,nak study lagi..fuhh mmg tension.Disbbkan byk sgt nak buat maka kene jgklah aku ponteng kelas sbb nak buat bende yg lebih penting dalam satu-satu masa.





Read More

0 comments:

Wednesday, February 26, 2014

Assalamualaikum,

Aku pernah keje part time semasa belajar di UTM. Kerja dibawah skim pelajar berkerja di bawah SPS(Sekolah Pengajian Siswazah). 2 bulan je aku keje. Gajinye adalah mengikut jam. 1 jam dibayar sebanyak RM7.00.Kiralah mengikut jam yang bekerja.Dapatlah gaji tu. Makin byk jam, byklah gaji.


Tugasan utama sebagai part timer.
Tugasan semasa bekerja disitu adalah mengendalikan ruangan gambar(gallery) website SPS. Segala gambar aktiviti SPS dikemaskini dari masa ke semasa.Agak byk jgk gambar yg hendak diuploadkan. Yelah, gambar sejak 2011 hinggalah ke tahun 2013. Jenuh jgk nak membuatnya. Oklah tutup cite pasal update website SPS.


Tugasan special.
Dalam tugasan 'special' ini, aku agak tertekan sikit, sbb masa yg diberikan tak byk.Tambah pulak, pada masa tu byklah assignment, project , quiz yg nak buat pada minggu tu. Tapi tugasan ini berjaya jgk disiapkan. Pada masa tu, aku dikehendaki utk buat montaj special sempena majlis perpisahan  dekan SPS iaitu Prof Nordin Yahaya.(Besan Pak Abu).

Secara asalnya, mmg susah nak buat montaj, lebih2 lagi jika kita tak tau jalan cite montaj. Apatah lagi kalau tak kenal orang yg berkaitan. Gambar yg ada pasal Prof Nordin mmg byk, cuma nak menyesuaikannya dgn jalan cerita tu yg payah.

Montaj ditolak
Cubaan montaj yg pertama aku buat sendiri mengikut logik akal aku, namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Dr Shahril. Dr Shahril  merasakan ianya tidak berapa sesuai utk Prof Nordin. Aku kecewa jgk bila montaj itu ditolak. Dahlah kite buat bersusah-payah, sng2 je dia tolak. Lepas tu, aku cuba lagi utk buat montaj yg kedua, kali ini aku dibantu staff IT SPS bagi memastikan ianya bersesuaian. Sejam sblm majlis berlangsung, barulah ianya siap.


Menjadi juruteknik majlis.
Dalam majlis perpisahan ini, aku dengan secara tiba-tiba telah jadi juruteknik majlis. Haramjadah betul!!. Mmg masak aku kali ni. Dahlah bkn staff tetap SPS, kene pulak urus hal majlis pulak. Kelam-kabut dibuatnya.Langsung tak disangka-sangka, mmg tak buat preparation la. Aku hentam je mase tu.
Pada mase tu, aku ditemani Afu, rakan part timer,fuhh dpt jgk beri smgt sikit. Takdelah nerves sgt.

Kerja sbg part timer ni mmg memberi pengalaman yg bermakna utk aku.Walaupun skjp je keje dan gaji yg dapat pun tak byk , tapi yg paling penting dan bermakna adalah pengalaman kerja sambil belajar tu akan diingat sampai bila-bila.









Read More

0 comments:

© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9