Wednesday, September 1, 2010

Sekarang KL dah jadi pusat bagi DBKL dan juga polis utk menjalankan aktiviti saman-menyaman.Pantang nampak kereta ke motor ke,habih semuanya nak disaman.Yelah dapat income lah katakan.Tulah sumber pendapatan mereka.Dulu,kebarangkalian utk disaman oleh DBKL dan polis amat tipis,kiranya 4/10 je.Tapi skrg,letak motor 30 minit pun kene saman.
Baru-baru ni iaitu pada 27/8/2010(Jumaat)aku kene saman polis ketika letak motor di tempat biasa aku letak di Low Yat.Kalau dulu x ade pun kene saman parking kat situ,tapi skrg setiap masa polis nak saman.
Yang aku sgt x puas hati tu,hari tu jgk aku baru bayar saman DBKL (RM50) sbb letak kereta di bahu jalan,hari tu jgk lah dapat saman polis.'Baguslah' hari yang bayar saman,hari tu jugak dapat saman.Apa ni?Ini namanya nak mentekedarah duit orang ni,asyik saman je.

Pesan aku,jaga-jagalah skrg sbb mane2 je boleh kena saman.Tapi yang menghairankan tu kereta mewah tak nak pulak polis atau DBKL saman,rilek je kereta tu parking kat tepi jalan.Lalat pun tak nak sentuh.Imuniti betul kereta tu,sampai x boleh nampak tersadai kat situ.Tulah sistem negara kita ni.Ini hal kat dpn Mydin Chow Kit pulak,berlambak gerai baju ,kasut dan mcm2 bukak kedai kat situ, tak kene pun diorang saman.Ooo, ade mase pulak x saman.Di musim raye nilah DBKL dpt collect duit hasil niaga org.Itu namanye mengambil kesempatan tu.Selagi dapat duit,selagi tulah nak saman.Sebelum ni kalau letak motor kat situ gerenti kene saman walau sekejap je nak buang air. Read More

0 comments:

© 2014 All I Know | Distributed By My Blogger Themes | Designed By Bloggertheme9